KHASIAT DAUN INI YANG ANDA WAJIB TAHU UNTUK MANFAAT DIRI DAN KELUARGA
Sabun mandi tidak semestinya diperolehi di kaunter kosmetik sahaja. Bagaimana generasi terdahulu mendapatkannya? Dari daun pokok Sidr dan di Malaysia dikenali sebagai daun pokok Bidara adalah satu cara yang dah lama digunakan di negara Timur Tengah seperti Yemen. Daun Sidr / Bidara ini mempunyai pelbagai nama mengikut negara yang menggunakannya. Nama pohon ini menurut Al Quran adalah Sidr, nama di negara Arab adalah Shajaratul-Allah, Arz, Arz al-Rab, Arz al-Lebanon manakala di Malaysia dipanggil pohon bidara. *Artikel ini telah di siarkan dalam surat khabar S inar Harian pada Ahad 30 Oktober 2016 dan ditulis oleh saya sendiri iai tu Cikgu Seri. Sebarang plagiat artikel saya ini akan di kenakan tindakan undang-undang. Pohon Sidr / Bidara ada disebutkan di dalam kitab suci Al Quran sebagai salah satu tumbuhan di Syurga. فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ