Pokok Bakawali untuk dijual
info dari KOSMO: BUNGA ini tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Bahkan apabila terkena cahaya matahari ia lantas layu. Resmi bunga berwarna putih bersih ini amat berbeza kerana kelopaknya mula terbuka pada pukul 9 malam dan mekar sepenuhnya apabila detik 12 tengah malam. Lebih indah dipandang apabila ia berkembang ketika bulan mengambang. Pada waktu yang sama, bunga bakawali akan mengeluarkan bau yang begitu wangi sehingga dapat dihidu ke seluruh kawasan sekitar. Ada yang mengatakan baunya seolah-olah minyak wangi atau bedak talkum yang mengasyikkan. Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Alam_Damai&pg=al_02.htm#ixzz35EiwSpTM Hakcipta terpelihara Bagaimanapun, begitu sukar untuk meramalkan bilakah detik ia berkembang. Oleh sebab itulah ramai yang mempercayai bahawa seseorang yang berpeluang menyaksikan ia mekar akan dilimpahkan rezeki. Misteri Tidak hairanlah bunga it